ASRAMA ANAK-ANAK YATIM/WARGA MISKIN BUDI MULIA NURUL HUDA DIDAFTARKAN DI BAWAH PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN CHEMOR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA DI BAWAH SEKSYEN 7 AKTA PERTUBUHAN 1966 DAN NO PENDAFTARANNYA, 0774-06-PRK.

31 Aug 2012

Perkembangan Anak-anak BMNH...

Salam & Selamat sejahtera kepada semua.. Untuk pengetahuan semua, sekarang anak-anak asrama BMNH adalah seramai 48 orang yang terdiri daripada 26 orang lelaki & 22 orang perempuan... Alhamdulillah, 3 orang anak kami daripada lepasan SPM tahun lepas telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti & seorang anak kami lepasan Politeknik Seberang Prai juga telah berjaya mendapat pekerjaan..

Tahun ini, terdapat 8 orang anak-anak BMNH yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR, & SPM... Seperti biasa, pihak pengurusan akan menghantar anak-anak BMNH ke kelas tambahan & juga membrikan latihan tubi bagi membantu mereka membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan... Disamping itu, anak-anak juga akan membuat solat hajat setiap hari bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T supaya diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia & juga akhirat... Semoga anak-anak BMNH akan menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia & juga akhirat... Insya'Allah...

No comments:

Post a Comment